Tuesday, May 27, 2008

Manusia



Manusia
engkau terlalu ego,
dengan dirimu,
sedarlah wahai insan,
engkau sedang meniti dedahan rapuh,
hanya menunggu waktu jatuh.


Manusia,
ketahuilah,
engkau sekarang di atas pentas,
bersama gelagat dan ragam,
yang miskin berlagak kaya,
yang jahat berlagak baik,
hakikat sebenar sebaliknya,
begitulah sandiwara hidup.


Manusia,
di dunia ini kautlah,
sebanyak mana kamu mahu,
mahu menjadi jutawan atau pahlawan,
atau apa-apa sahaja,
tetapi ingatlah wahai insan,
di akhir harimu,
bukan harta yang dibawa,
tidak juga nama dan pangkat,
kerana bukan itu dikira,
cuma amalanmu dan perbuatanmu yang dapat membantu.


Manusia,
sedarlah engkau akan hal ini,
tiada guna mengumpat dan menyombong diri,
pesanan Tuhanmu jangan dilupa.

No comments: