Tuesday, May 27, 2008
Demi Masa

Masa…
perjalananmu tiada noktah
hargamu tiada ternilai
hanya pada yang pandai menilai
Bagi sibijak pandai
masa laksana permata
bagi sipeniaga pula
setiap saat adalah wang
bagi mangsa yang terlepas nahas jalan raya
masa sesaat itulah penentu nyawa
Namun…
apa ertinya masa
kepada yang tidak tahu menghargai
sehingga masa ini sanggup dibuang
tanpa sekelumit rasa di hati
Akan tiba detiknya nanti
rasa kesal menghantui diri
ketika itu tiada gunanya lagi
masa yang lalu tidak akan kembali
Jika tidak mahu menyesal
mulalah manfaatkan masa
mulai saat ini
bukan di kemudian hari
agar semuanya dapat diperbaiki
perjalananmu tiada noktah
hargamu tiada ternilai
hanya pada yang pandai menilai
Bagi sibijak pandai
masa laksana permata
bagi sipeniaga pula
setiap saat adalah wang
bagi mangsa yang terlepas nahas jalan raya
masa sesaat itulah penentu nyawa
Namun…
apa ertinya masa
kepada yang tidak tahu menghargai
sehingga masa ini sanggup dibuang
tanpa sekelumit rasa di hati
Akan tiba detiknya nanti
rasa kesal menghantui diri
ketika itu tiada gunanya lagi
masa yang lalu tidak akan kembali
Jika tidak mahu menyesal
mulalah manfaatkan masa
mulai saat ini
bukan di kemudian hari
agar semuanya dapat diperbaiki
Cerita di Sebalik Nama Kampung Panchang Bendena

Berkenaan cerita Panchang Bendena yang merupakan sebuah penempatan di daerah Sabak Bernam yang dikatakan mengandungi misteri dan Panchang Berdena ini terletak di antara Pekan Sungai Besar menghala ke Bagan Nakhoda Emas Sabak Bernam. Panchang Bendena ini kebanyakan penduduknya ialah orang Melayu dan pekerjaan harian mereka selain daripada menbuat ladang, bersawah padi.Mereka juga turun ke laut sebagai nelayan menangkap ikan di persisiran pantai berhampiran Panchang Bendena kerana Panchang Bendena terletak berhampiran dengan laut iaitu kira – kira 1 kilometer dan kedudukan sebenar Kampung Panchang Bendena ini ialah kira – kira 10 kilometer ke selatan pekan Sabak Bernam. Nama asal kampung Panchang Bendena ini yang dikatakan mengandungi sedikit misteri ataupun mitos ataupun dongeng sejarahKebanyakan penduduk asal Kampung Panchang Bendena yang pada masa itu masih belum dinamakan lagi kampungnya kerana masih lagi bentuk muka buminya masih lagi berhutan dengan kayu – kayu bakau dan kayu - kayu besar kemudiannya telah ditebang dan dibersihkan serta diperon. Oleh sebab pada masa itu kebanyakan tanah – tanah adalah tebal sehingga 4 hingga 5 kaki ke dalam. Kalau nak dikatakan gambut ini sebenarnya ialah rumput – rumput atau kayu – kayu yang telah hancur yang sebati dengan tanah jadi tanah gambut ini ialah tanah yang tidak menakung air. Walaupun kalau nak dikatakan tanah gambut ini ialah merupakan tanah yang kurang subur untuk bersawah padi karana ia tidak menakung air tetapi orang dahulukala merupakan satu masyarakat ataupun individu yang rajin berkerja dan daripada ayahnya sehinggalah anak – anak yang masih kecil. Berbalik kepada cerita PB di kawasan sawah padi yang diusahakan oleh penduduk yang tak ramai adalah seorang daripadanya ialah keluarga Tuan Hj. Talib sekarang dah meninggal dunia ,Pawang Hitam dan beberapa orang lagi. Mereka dikatakan adalah antara orang yang awal yang meneroka kampung PB. Akhirnya Tuan Hj. Talib ini telah dilantik menjadi Penghulu ataupun Ketua Masyarakat Kg. PB masa itu dan sekarang telah meninggal dunia dan makamnya dikatakan terletak di sebelah kiri sungai. PB dikatakan sbg keramat. Pawang Hitam yang mengusahakan sawah padinya berhampiran dengan Sg. PB telah mengerjakan sebidang tanah dan telah berusaha bersungguh - sungguh untuk menjadikan tanah itu sebagai sawah padi walaupun pd mulanya tanah itu kurang mengeluarkan hasil tetapi kerana usaha yang bersungguh – sungguh dan tidak kenal jemu dan lelah akhirnya usaha itu telah membuahkan hasil sehingga menjadi sebaliknya.Seperti biasa Pawang Hitam yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang isteri, dua org anak kesemuanya perempuan bekerja pada awal pagi turun ke sawah. Pada suatu hari mereka bekerja seperti biasa di sawahnya bersama dengan anaknya.yang seorang berumur 14 tahun dan seorang lagi berumur 10 tahun. Mereka mengerjakan sehinggalah pada waktu selepas waktu Zuhur. Tiba-tiba, Pawang Hitam rasa pitam jadi dia telah meminta isterinya menghantar dia balik dan meninggalkam kedua – dua anak perempuannya untuk terus mengerjakan sawah yang pada masa itu kerja – kerja mereka membuang rumput – rumput yang telah ditajak ataupun telah dibersihkan oleh ibubapanya ke atas permatang – permatang yang berhampiran.Kedua orang adik – beradik ini yang begitu patuh kepada arahan orang tua telah bekerja dengan bersungguh – sungguh tanpa mengenal erti penat lelah tetapi setelah tidak beberapa lama tiba – tiba kakaknya terdengar suatu bunyi yang ganjil dan menakutkan yang belum pernah mereka dengar sebelum ini lalu mereka menghalakan pandangan mereka ke arah bunyi tersebut. Bunyi tersebut datang dari sungai yang berhampiran dengan Pb. mereka pun menghampiri sungai itu. mereka terlihat sesuatu yang ganjil pada arah sungai tersebut di mana di tengah – tengah sungai itu ada suatu lubuk yang besar serta melihat air dalam lubuk itu tiba – tiba mendidih seolah – olah menggelupur kepanasan dan pada masa yang sama terjadi sesuatu yang ganjil dimana pada masa itu hujan panas renyai – renyai mula turun. Jadi kedua beradik ini melihat perkara yang ganjil ini dengan rasa takut tetapi kewrana rasa ingin tahu mereka melihat juga kejadian itu untuk melihat apakah yang akan terjadi dan tak semena – mena mereka terpandang suatu benda yang kelihatan seperti tempayan yang berwarna – warni bergoyang – goyang telah timbul di permukaan air. sebenarnya, tempayan yang sederhana besar ini mereka panggil dengan nama bedena. Bedena ialah takan atau tempayan kecil. Kemudian si kakaknya menunjukkan takan yang timbul itu pada adiknya dan kedua –duanya menghampirinya dan cuba menarik takan itu dan akhirnya mereka berjaya mengambil takan itu lalu mereka mengangkatnya dengan susah payah kerana terlalu berat dan melatakkannya pada permatang sawah yang berhampiran dengan tempat mereka bekerja tetapi kerana patuh pada kerja yang telah diamanahkan oleh bapa mereka, mereka memutuskan untuk mengerjakan sawah dahulu dan barulah memikirkan tentang takan itu. Setelah satu jam tiba – tiba takan itu bergerak dan bergolek ke tempat asal ia dijumpai tadi. Kedua beradik itu berlari dan menjerit cuba mendapakan takan tersebut. Walaubagaimanapun, usaha kedua – dua mereka tidak berjaya lalu kedua beradik itu menjerit meminta tolong.drpd penduduk di sekeliling sawah tersebut tetapi tiada seorang pun yang mendengar lalu seorang daripada adik itu pergi meminta tolong daripada jiran – jiran yang ada di sekitar itu. Si kakaknya itu mengambil sebatang kayu lalu dicacakkan di lubuk tersebut sebagai pancang ataupun tanda adanya lubuk di mana wujudnya bendena supaya nanti bila bantuan datang dapat mencari bendena itu dalam lubuk tersebut. seperti kata arwah ayah saya, takam yang juga dinamakan sebagai bendena dikatakan mempunyai harta karun dan mengikut cerita datuk saya dulu takan itu timbul dengan tujuan memberi tuah atau kekayaan kepada ketua … itu tetap maklumlah ketua …. tu masih muda dan tidak tahu pantang larang untuk kita mendapatkan harta itu.kalau ikut cerita orang - orang tua dahulu yang tahu akan hal – hal begini antara syarat – syaratnya ialah salah satunya ialah takan atau bendena ini harus diketuk ,dirosakkan,disumbingkan atau dipecahkan sedikit kerana apabila apabila bendena ini rosak sedikit tidak akan dapat bergerak lagi. Selain itu ada juga dikatakan yang syaratnya adalah bendena haruslah dihormatkan dengan cara segera dibawa balik ke rumah. Barulah tempayan ini boleh dibuka. Oleh kerana kedua beradik ini tidak mengikuti pantang larang tersebut maka bendena tersebut merajuk lalu masuk ke dalam lubuk dan terus menghilang.Berbalik kepada cerita kedua – dua orang anak Pawang Hitam setelah anak kedua pulang mendapatkan pertolongan daripada jiran maka tersebarlah cerita itu. Penduduk – penduduk berhampiran cuba untuk menggali lubuk itu ttapi malangnya tiada lagi bendena tersebut. Yang tinggal hanyalah sebatang pancang yang dicacakkan oleh kakaknya tersebut .Maka selepas mereka kecewa dengan peristiwa ini kerana tidak dapat mencari bendena yang dikatakan mengandungi.Kebetulan kampong itu masih tidak ada nama lagi lalu mereka bulat suara untuk menamakan kampung itu sebagai Kampung Panchang Bendena bersempena dengan pancang yang dicacakkan oleh si kakak itu.Jadi sehinggalah hari ini kampung itu masih tidak berubah nama.
Suatu Impian

Kata orang
impian itu khayalan
mainan perasaan
yang tidak keruan
sentiasa bersandiwara dalam fikiran
Bagiku impian adalah perangsang
penggerak semangat berjuang
untuk terus mengorak langkah
tanpa ragu dan resah
mencari realiti kehidupan
Alangkah indahnya suatu impian
kiranya menjadi kenyataan
namun punahnya harapan
andai tiada pengorbanan
akan terus ditelan zaman
Demi kebahagiaan
demi kejayaan
akan kulayarkan impian
penuh harapanagar menjadi kenyataan
Jangan Kau

Jangan kau berdusta
Tiada siapa akan percaya
Jangan kau terlalu leka
Masa depan bukan kau punya
Jangan kau merungut
Tiada siapa nak dengar
Jangan kau menyombong
Tiada siapa nak berkawan
Jangan kau bercinta
Nanti hidup merana
Jangan kau berkahwin
Nanti hidup tak bahagia
Jangan kau mudah percaya
Tiada semuanya yang benar
Jangan kau mengharap
Tiada siapa yang ikhlas
Jangan kau berangan
Nanti jadi macam Mat Jenin
Jangan kau tamak
Tiada apa yang kekal
Jangan kau mengalah
Tiada sesuatu yang mustahil
Tiada siapa akan percaya
Jangan kau terlalu leka
Masa depan bukan kau punya
Jangan kau merungut
Tiada siapa nak dengar
Jangan kau menyombong
Tiada siapa nak berkawan
Jangan kau bercinta
Nanti hidup merana
Jangan kau berkahwin
Nanti hidup tak bahagia
Jangan kau mudah percaya
Tiada semuanya yang benar
Jangan kau mengharap
Tiada siapa yang ikhlas
Jangan kau berangan
Nanti jadi macam Mat Jenin
Jangan kau tamak
Tiada apa yang kekal
Jangan kau mengalah
Tiada sesuatu yang mustahil
Istana Iskandariah Bukit Chandan Negeri Perak...

Istana Iskandariah Bukit ChandanNegeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja.Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercutanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.
Air

Air
kau terdapat di mana-mana
kau utama di dalam dunia
di bumi yang fana
Tanpamu air
tumbuhan layu, haiwan mati
manusia kehausan, bumi kekontangan
Di dalam hutan
dari jauh kelibatmu kelihatan
kau disulami warna kehijauan
kau memecah sepi hutan
dengan deruan air yang mengalir deras
kau menambah keindahan alam
Dari pantai
kulihat pukulan ombak
yang bisa menghakis batuan pantai
mencipta keunikan tersendiri
kau dijadikan tempat rekreasi
sebagai hiburan hati
resah hilang bersama ombak tadi
Di kawasan-kawasan pedalaman
kau menyaliri tanaman petani
sumber rezeki yang melimpah-ruah.
Di taman-taman bunga
kau penyerinya
manusia memuji keindahanmu
rama-rama berterbangan lalu
tumbuh-tumbuhan hidup subur
menambah jasamu kepada alam.
Di tengah-tengah kota
pancutan air di mana-mana
insan terpegun denganmu
air yang takkan putus.
Air
kau kini kian terancam
dengan pencemaran
sisa sains dan teknologi
yang semakin menggugatmu
tapi sudah pasti
bahawa kau takkan putus selama – lamanya
Air …………
kau terdapat di mana-mana
kau utama di dalam dunia
di bumi yang fana
Tanpamu air
tumbuhan layu, haiwan mati
manusia kehausan, bumi kekontangan
Di dalam hutan
dari jauh kelibatmu kelihatan
kau disulami warna kehijauan
kau memecah sepi hutan
dengan deruan air yang mengalir deras
kau menambah keindahan alam
Dari pantai
kulihat pukulan ombak
yang bisa menghakis batuan pantai
mencipta keunikan tersendiri
kau dijadikan tempat rekreasi
sebagai hiburan hati
resah hilang bersama ombak tadi
Di kawasan-kawasan pedalaman
kau menyaliri tanaman petani
sumber rezeki yang melimpah-ruah.
Di taman-taman bunga
kau penyerinya
manusia memuji keindahanmu
rama-rama berterbangan lalu
tumbuh-tumbuhan hidup subur
menambah jasamu kepada alam.
Di tengah-tengah kota
pancutan air di mana-mana
insan terpegun denganmu
air yang takkan putus.
Air
kau kini kian terancam
dengan pencemaran
sisa sains dan teknologi
yang semakin menggugatmu
tapi sudah pasti
bahawa kau takkan putus selama – lamanya
Air …………
Subscribe to:
Comments (Atom)
